Friday 8 July 2011

Petua Motivasi Diri



Petua 1: Lupakan masa silam yang kelam

Sebelum anda boleh mencipta masa depan yang lebih baik, anda harus melupakan peristiwa malang anda di masa lalu. Gagal sekali bukan bermakna anda akan gagal selamanya. Belajar dari sejarah, tetapi jangan biarkan hal itu menjadi sebagai penghalang antara anda dan impian anda.

Petua 2: Ingatkan kejayaan

Sama pentingnya dengan belajar dari masa lalu dan mengatasi kegagalan adalah mengenang kejayaan masa lalu. Tidak kira siapa anda, anda pernah berjaya di dalam sesuatu hal pada suatu ketika dahulu. Renung kembali saat-saat tersebut. Gunakan kenangan kejayaan anda untuk memotivasikan diri anda bahawa anda sebenarnya boleh mencapai matlamat anda.






Petua 3: Menyedari segalanya berkemungkinan

Tiada yang mustahil, segalanya boleh berlaku. Impian yang tersemat di dalam hati anda, jika dipindahkan ke dalam minda dan diusahakan pasti boleh dicapai. Terimalah kenyataan bahawa anda sebenarnya boleh mencipta kehidupan yang lebih baik. Ini akan bertindak sebagai batu loncatan untuk meneguhkan kepercayaan anda untuk berjaya.
Petua 4: Impian yang besar
Agar impian dan keinginan anda dapat memberi inspirasi kepada anda untuk bertindak dan mencapai matlamat, maka impian dan keinginan perlu menjadi besar. Jika anda tidak ghairah dan bersemangat tentang apa yang anda rancangkan untuk masa depan, anda tidak akan dapat menemukan inspirasi yang anda perlukan untuk mengubah hidup anda. Impian yang besar boleh menggerakkan jiwa, dan ketika anda berimpikan sesuatu besar, anda akan terdorong untuk menjadikan impian anda sesuatu yang realiti.

Petua 5: Bertindaklah untuk berubah
Tidak peduli bagaimana anda ingin sesuatu hal itu terjadi, perubahan tidak akan berlaku jika hanya sekadar berfikir - anda harus mengambil tindakan!. Dunia khayalan tidak membawa anda ke mana-mana, tetapi hanya mereka yang bertindak atas keinginan mereka akan benar-benar mencapai impian mereka.

1 comment:

  1. Motivasi yang sungguh bermakna buat saya,terima kasih cikgu.

    ReplyDelete